Kursus Pembikinan Custom Album Borneo
by myke on Nov.11, 2009, under DIY, Workshop
Kepada peminat-peminat fotografi perkahwinan yang baru berjinak (dan kepada yang sudah ada pengalaman asas), kami akan mengadakan bengkel asas RAHSIA PEMBIKINAN REKACIPTA CUSTOM ALBUM DAN ASAS PHOTO RETOUCH yang akan diadakan di lokasi-lokasi berikut:
Tawau, Sabah
Tarikh: Isnin, 30 November 2009
Masa: 7 Malam
Lokasi: Kompleks Sukan Tawau, Tawau
Urusetia: Andy (013-8839002), Jenal (013-8886680)
Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh: Selasa, 1 Disember 2009
Masa: 7 Malam
Lokasi: Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu
Urusetia: Mike (019-8023121)
Kuching, Sarawak
Tarikh: Khamis, 3 Disember 2009
Masa: 7 Malam
Lokasi: Akan diberitahu secara lisan
Urusetia: Fauizal (013-8188850), Boyok (013-5626633)
Jadual:
6.30 Petang: Pendaftaran
7.00 Malam: Bengkel Rekacipta Custom Album dan Asas Photo Retouch
10.00 Malam: Rehat / Makan Malam
10.30 Malam: Bonus Teknik Fotografi ‘Rahsia’ dari Urusetia
12.30 Malam: Bersurai
Bayaran: RM250.00
Deposit: RM50.00 (tidak dikembalikan)
Sila sahkan kehadiran anda dengan memberi deposit agar tidak terlepas peluang ini. Deposit dan pertanyaan boleh diajukan kepada urusetia tempat yang dinyatakan di atas. CEPATLAH MENDAFTAR KERANA TEMPAT AMATLAH TERHAD.
Keperluan semasa menghadiri bengkel: Laptop (yang sudah diinstall dengan Photoshop) dan kamera serta peralatannya.
Kenapa anda perlu mengikuti bengkel ini? Anda akan diberikan tips padat dan lengkap pembikinan asas CUSTOM ALBUM PERKAHWINAN. Template lengkap untuk pembikinan sebuah custom album, kerawang, brush dan rahsia-rahsia lain untuk menjadikan custom album anda nampak lebih menarik, profesional dan ‘memberikan senyuman serta pujian’. Tidak lagi akan nampak custom album anda seperti ‘anak aku sekolah menengah pun boleh bikin ni’…
Dengan tips-tips serta contoh template, anda dijamin boleh membuat sebuat custom album dengan lebih pantas, teratur dan sistematik. Kami telah menjalankan kajian kepada beberapa orang jurufoto mengenai teknik ini dan semua memberikan ‘thumbs up’ kepada teknik dan kaedah yang diberikan. Adalah ‘rugi’ jika anda melepaskan peluang julung-julung kali bengkel seperti ini diadakan.
Kami akan mendedahkan kepada anda teknik merawat dan melicinkan wajah/kulit (pengantin) secara digital menggunakan Photoshop. Secara tidak langsung, anda memperolehi satu lagi ilmu yang amat berguna.
Bengkel ini diadakan pada waktu malam untuk membolehkan mereka yg bekerja untuk turut mempelajari teknik-teknik efektif bagi menghasilkan suatu lagi karya seni.
Sebagai bonus lagi pada malam bengkel diadakan, anda boleh bersoal-jawab mengenai teknik-teknik fotografi perkahwinan serta ‘BONUS RAHSIA’ yang akan dianjurkan oleh urusetia.
Sijil Penyertaan, makan malam dan hadiah istimewa akan diberikan.
* Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan serta pengangkutan. Jika anda memerlukan, sila hubungi urusetia.
“ASAS ITU PENTING – JANGAN ABAIKAN”

December 16th, 2009 on 11:38 am
Aduhhh..ruginya dah lepas.. Saya di Politeknik KK ja nih